Buktikan

Buktikan
1+1 = 5+5
(10 markah)

hukum gwiyomi;

setiap penambahan nombor yang sama akan menghasilkan gwiyomi

maka; 1+1 = gwiyomi; 5+5 = gwiyomi. Dengan proses penggantian;

gwiyomi = gwiyomi

maka; 1+1 sama dengan 5+5

tamat.

Roti Dua Keping, Keju Satu Keping

Dua keping roti gandum, membalut satu keping keju cheedar. Selimutkan dengan salad dan apa saja yang mahu. Oven kecil sudah panas dari mula, letak pada butang heating dan letak 5 minit saja.

Keju cair, roti tak hangus. Sayur masih ada rasa sejuk peti ais. Segar kononnya.

Sekian supper malam ni. Maaf. tak sempat ambil gambar, mulut dah telan semuanya.

NSK Dan Babi

Isu ni menarik. Sebab?

Orang yang backup kata tu hak dia mengadu kalau ada syak.

Betul tak salah. Tapi apa hak dia untuk sebarkan benda yang dia tak pasti? Siap dah jatuhkan ijtihad sendiri bahawa tu daging babi.

Binatang yg bernama BABI ni dok parking dlm troly tanpa berbalut,

Dia dah jatuhkan hukum itu adalah daging babi. Maka diakhiri dengan ayat;

Saidina Ali pernah berkata “Tidak akan namanya kebaikan jika diakhirnya adalah NERAKA, tidak akan namanya Kejahatan jika diakhirnya adalah SYURGA.

Betul la tu. Fitnah tak de namanya kebaikkan. Tapi kejahatan. Ye dak?

Ada beberapa lagi yang aku nak cakap tapi tak payah la. Tu je. So sapa yang nak mintak maaf sekarang ni? Takkan lepas tangan kot…

Isu Sabah, Taktikal Dan Game

Aku kurang gemar nak mengatakan tentang isu Sabah lebih lagi bab taktikal ketentaraan. Tapi memang ramai graduan Counter Strike, Medal of Honour, Call of Duty dan selainnya yang membahaskan isu ni.

Aku perasan abamjoni yang jadi ‘kereta’ twt_malaysia minggu ni pun dikritik sebab tak mahu ulas pasal Sabah dengan kata pengkritik tersebut, tak ada alasan sebab maklumat dihujung jari.

Tapi bagi aku, isu ni bukan satu isu cukup google sekali dua tetapi melibatkan banyak fakta dan tak semua orang boleh hadam. Apatah lagi mengeluarkan perihalnya selaku ‘wakil Malaysia di alam twitter’. Aku berpendapat, abamjoni dah buat yang sebetulnya.

Nasihat aku kepada ahlul politik dan yang menyangga mereka, habiskan dulu isu ini. Bukan nak diperkudakan isu ni untuk kepentingan PRU. Habis isu ni lantak koranglah nak pusing macam mana pun.

MSMW 2013

MSMW 2013 – Malaysia Social Media Week 2013. Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

delegate

acah acah deligasi seantero dunia maya

Slot terbaik untuk hari pertama adalah slot yang ada KJ dan juga Jason Lo. Lepas majlis punya la ramai nak snap dengan diorang dua.

Continue reading

Update #8: Aquascaping – Air Tinggi

Sepatutnya setiap hari sabtu aku akan buat penukaran air, tapi disebabkan baru bersihkan cermin hari tu, dan air nampak cantik, aku malas sebenarnya nak tukar. Tapi tukar la ~20% macam tu dan aku naikkan air sikit. Kononnya ‘banjir’. Lebih kurang seinci lebih sikit daripada atas akuarium.

Oh ya, moss dah mula tumbuh balik dengan galak sekali. Banyak pucuk baru, maka teori tu betul, moss perlukan;

  1. suhu yang baik
  2. cahaya yang baik
  3. CO2 terlarut yang lebih untuk mempercepatkan proses fotosintesis

Banyak cahaya tanpa COterlarut yang tinggi pun tak jadi juga. Dia nak guna gas apa untuk buat fotosintesis. Vice versa. *ok jom bukak kelas sains*

Dalam hal yang lain, aku ada nampak beberapa anak siput yang dah mula berjalan-jalan. Maka tu tandanya keadaan air ok, dan makanan banyak. Kene jaga-jaga supaya anak siput tu tak jadi penuh satu akuarium.

Notakaki

  1. Tak ada gambar