Dunia Blog

By on 12-13-2011 in Semasa

Rangkap 1: Langkah Pertama

Aku mula dari bawah, bukan dari Blogspot, bukan dari WordPress berbayar,
Aku mula dari Blogsome yang percuma, aku jamin orang sekarang tak pernah dengar,
Asal tujuan satu saja, mahu kongsi dengan orang luar,
Macam mana mahu lawan sama itu Brontok si virus gila.

Blogsome tak hebat, tak canggih manggih dan tak bergaya,
Blogspot pula aku pergi berkelana bentang idea,
Dari situ mula URL blog panjang gila,
hampir semua cerita teknologi semasa.

Masa itu amanz.my masih muda,
masih belum jadi gergasi yang kalah dengan technohut, gila.
Masa itu banyak blog lagenda,
Tutorial cantikkan blog bersepah-sepah tak terkira.

Blog aku?
Hanya blog biasa,
Blog aku,
Adamasalahbarunakcari.blogspot.com, itu dia punya nama.

Rangkap 2: Aku

Aku hanya orang biasa,
ada gambar kadang kala,
jumpa orang boleh dikira,
lebih suka sembunyi muka.

kmkd nama pena azali,
Password komputer admin matrik kedah,
tmukmkd lepas masuk universiti,
syafiq_lomotech selepas imej dibedah

Apa perasaan bila junior panggil kau “weh lomotech”?

Rangkap 3: Teknologi

Kawan kenal satu satu, masih ingat lompat lompat sambil dengar lagu,
Dari AmoiZxara, Suki, ke Knizam blog-hop satu satu,
Jumpa pula sorang lagi, power blogger: kujie2,
Masih kenal sampai ini hari, walau tak pernah bertemu.

Sembangkomputer, Waida, Dekan dan InfoMalaya,
MelayUbuntu, JomPHP, DilarangMelarang dan LinuxMalaya,
Tak lupa KillVearn yang kini sudah tukar rupa,
Dan mereka semua yang aku kenal moga kalian sihat sentiasa.

Blogger dulu tiada gaduh-gaduh, tiada banyak sengketa,
Tiada sakit hati hanya tahu kongsi dan belajar,
Pernah tulis, kongsi entri panjang berjela,
Tulis sampai orang luar tak faham sepatah apa,
Hanya aku faham tapi itu tak mengapa.

Dulu tulisan aku amat tegas,
kalau mampu tiada bahasa inggeris aku guna,
semua benda dengan bahasa malaysia aku balas,
‘kerentanan’ adalah perkataan yang paling aku suka.

Rangkap 4: WordPress

Ada sikit rezki tukar ke WordPress berbayar,
Mungkin silap kali pertama,
Pengalaman pahit harus di terima,
Syafiq.net hilang dari tangan atas silap catuan atas meja,
Mungkin hilang, hilang selamanya.

Syafiq.net mulakan jenama,
kalau dulu panjang berjela susah nak disebut nama
kini pendek apatah, berbayar pula
orang mula pandang tapi sayang, tidak lama.

mahu bina semula blog yang sudah mati,
nama lama tidak boleh, perlu nama lain ganti,
akhirnya nama lomotech pilihan dihati,
mungkin penangan pada kamera antik

Jika dulu blog penuh isu teknologi semasa,
kini kadang-kadang buka tentang agama,
yang mudah-mudah saja kerna aku bukan ulama dunia,
takut salah kata, nanti susah jadinya.

Rangkap 5: Blogger Kini

dunia blog aku rasa sudah berubah,
baru kene cuit sikit terus nak meroyan,
lagi lagi yang tak cukup umur menggelabah,
tak cukup fakta semua carut dia layan.

asal buat blog niatnya wang ringgit dicari,
lantak cara asal duit dia dapat gali,
halal haram dia apa peduli,
janji akhir bulan dapat duit guni guni.

bukan kata semua,
hanya setengah golongan saja,
jangan marah, jangan terasa,
siapa telan tomato dia rasa masamnya.

aku rindu zaman dulu,
sudah cakap acap kali,
mahu ulang ikut suka aku,
kalau tak suka sila langkau rangkap ini.

Rangkap 6: Penutup

Bukan aku suka tulis panjang-panjang,
Aku bukan orang yang berseni dalam darah,
tulis sepontan asal nada tak menyimpang,
kalau tidak nanti dewan bahasa marah.

entri ini balasan pada entri orang karang,
menteil mulakan aku hanya sambung cerita,
kenangan aku dari dulu sampai sekarang,
dan disambung hingga saat aku tutup mata.

14 Comments

  1. menarik! aku baca tak tinggal seketul.. sebab kata² mu itu betul! mari mulakan kembali zaman kita yang unggul, supaya orang tidak kata blog itu hanya tunggul! =)

    • bukan mudah nak mulakan kembali, kerana rakan sudah ramai yang berhenti, tapi mungkin akan kembali lagi, tapi tak salah mencuba :D

  2. superb!!ni y rase cam nk reply gak entri menteil ni!!hahahahaha….tetibe nk celop idea org :P seriuos mmg rindu gile zmn2 keunggulan blog kan~ aku dr dlu sampai skrg gune blogspot y free tu jerk :P sbb aku bukan lah penulis hebat mcm kauorang :P cerita aku,dunia aku,life aku~ name pon blog mylife~ hahahaha….kdg2 aku rase org bosan bace entri aku….tp ape aku pedulik….y penting aku nak menulis….tp sejak bergelar isteri,aku dh semaken kurang menulis….apetah lagi pelbagai perkara berlaku dlm kehidupan~

    eh alamak!!silap tempat lar~ ingtkn dashboard aku~ hahahaha…sori bro!!btw,aku rse cam pnah lawat lar syafiq.net~

    • hahaha tak de hal. aku buat entri sebab takut aku reply komen paaaanjang gila kat menteil punya post hahaha

      blog tentang diri sendiri kalau betul caranya memang menarik. kita kongsi pendapat dan pengalaman, orang lain pun begitu. kalau salah ramai2 tegur, kalau betul ramai2 cedok.

      tapi tu la. zaman dah berubah.

  3. waaa….baguslah..macamana boleh dapat idea yang bagus macam ini?? adusss!!

  4. wehhh… aku “blogger kini” tapi tak dpt pun duit guni guni…. LOL

  5. ini patutnya. blogger lama patut muncul semula..baru best sikit baca artikel. Yap..dulu amanz biasa aje. Sekarang..macam-macam ada.. :)

  6. terror bro berpantun…should learn from u,orang berpengalaman dalam berblog ini…

  7. kenal kmkd
    tahu juga tmukmkd
    tetapi hanya membaca sebab tak faham bahasa

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>