Kenapa #OctTwtFest Tidak Menjadi Trending Topic Di Twitter?

By on 10-23-2011 in Semasa

Ramai yang pergi ke #OctTwtFest yang bertanya di dalam sesusur masa sepanjang aku lihat, kerana bagi mereka yang mengikuti perkembangan ini, memang #OctTwtFest asyik menjadi bualan apatah lagi beberapa hari terutamanya hari ini, tetapi satu persoalan tertinggal, kenapa #OctTwtFest tidak menjadi treding topic di twitter hari ini?

Tiada Puncak Yang Mengejut

Sefaham aku, maksud trending topic adalah satu topik yang diperbincangkan oleh pengguna Twitter secara mengejut dalam suatu jangka masa. Seperti contoh;

Dalam masa 60 minit (1 jam), daripada 1,000,000 tweet yang dikeluarkan oleh pengguna Twitter di Kuala Lumpur, 130,000 daripadanya atau 13% adalah tentang #lomotech, tetapi 60 minit sebelum itu mungkin hanya 1%-2% daripada jumlah tweet. Maka #lomotech akan menjadi trending topic pada masa itu di Kuala Lumpur.

Permasalahannya pada #OctTwtFest adalah puncak yang terlalu awal dan sentiasa tinggi menjadikan #OctTwtFest tidak layak digelar sebagai trending topic. Sebagai contoh, sepanjang minggu ini purata setiap 60 minit, #OctTwtFest mendapat 5%-10% daripada jumlah tweet,

tetapi pada hari ini purata #OctTwtFest pada setiap 60 minit adalah 13%-15%, maka pertambahan pada topik #OctTwtFest hanya sekitar 3-5% sahaja, mungkin Twitter menetapkan bahawa untuk menjadi satu trending topic, sesebuah topik itu harus melebihi 10% daripada 60 minit yang sebelumnya, atau purata hari sebelumnya.

Batu Aras

Kerana 5%-10% yang telah terkumpul sebelum ini dianggapkan satu batu aras yang biasa. Dan untuk menjadi trending topic nilainya kini perlu melebihi lebih tinggi daripada batu aras yang sedi ada. Mungkin 20%-30%? Disebabkan batu aras inilah kita tidak menjumpai trending topic untuk #okbai, #ehsamalah dan sebagainya kerana batu arasnya tinggi.

Maka dengan hanya pertambahan sekitar 3-5% tidak memadai untuk #OctTwtFest menjadi trending topic pada hari ini. Berlainan dengan #himpun yang sebelum ini saya rasa tenggelam dengan #OctTwtFest, tetapi hari ini mengejut sedikit naiknya, dan dapat dijadikan sebagai trending topic.

Tambahan – 22Okt2011

Saya mencari sedikit lagi bukti untuk menyokong teori yang menegaskan sebab kenapa #OctTwtFest tidak dapat menjadi trending topic semalam, iaitu kerana berlakunya fenomena ‘prematured trending’ atau trending pramatang atau bahasa mudah, trending yang terlalu awal. Yang menaikkan batu aras seperti mana yang saya katakan di atas. Dan saya menjumpai kenyataan ini,

octtwtfest prematured trending

Kenyataan ini keluar daripada pihak @OctTwtFest sendiri yang menyatakan bahawa sememangnya #OctTwtFest telah menjadi trending topic lebih awal iaitu sepuluh hari sebelum OctTwtFest berlangsung – 12 Oktober 2011. Dalam masa 10 hari ini yang telah menyebabkan grafnya bertambah naik sehingga sampai ke satu tahap memang sukar untuk menjadi trending topic.

Notakaki

  1. Saya bukan bekerja dengan Twitter, dan mungkin sekali saya salah dari segi perkiraan dan formula. Ini hanya penerangan berdasarkan logik dan pemerhatian saya sahaja.

Sekian.

8 Comments

  1. betul encik……….sokong!
    semalam seharian tak duduk depan pc jadi tak nampak sgt @OctTwpFest kat timeline tambahan lagi kebanyakkan rakan yang difollow tidak menginkuti acara ini.

    • erk. saya muda lagi. tak payah enche~ hahaha.
      emm saya terpikir, siapa yang kak jie follow dalam twitter. sebab saya rasa ramai yang tulis pasal ni.

  2. aku tau npe…………sbab tweet aku xkeluar kat wall mse #octtwtfest tu..pnat aku dongak……………sbab tu lah x trending..LOL #pleasedongit’saJOKE

  3. Algorithm twitter ntah betul ke tidak, mcm tak reliable je sbnrnya.

  4. memang susah nak trending. Memang twitter buat trending topic tu untuk perkara yang popular dengan tiba-tiba. Breaking Story.

    Untuk trending bukan sekadar perlukan jumlah tweet, tetapi lebih kepada bilangan orang yang tweet.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>